Template by:
Free Blog Templates

Saturday, March 13, 2010

sensitif

mau tau ape yg aku rasa?
tertipu.

ya.
tertipu.

damn aku sensitip.

terima kamu segalanye?
aku sedang blaja. dan aku bekerja keras untuk itu.

kamu?
blaja same ye. kerja keras jge. kite tak lame lagi akan jauh. tpi sekejap je. ok?

jgn bt aku jadi mcm dulu.

aku tak mau jadi batu.
aku tak mau jadi kayu.

gabungan kedua2 diatas pun aku tak mau.

lelaki.
jgn cari pasal ngan kesygn aku.
kau lupe kau masih ade adik perempuan dan mak?

mau aku lakukan perkara yg same?
aku tak percaya karma.
tapi aku percaya hukum qisas.

cme konsepnye sama.

damn u.

siyes dlu aku respek lu. skang, lu playboy tua yg nk jilat ludah sendiri balik. gth.

Saturday, February 20, 2010

Kawan

"..Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami."

Monday, December 28, 2009

kebudak-budakan

rase menyampah ngan diri sendiri..
bodo - kalo da tak larat tu, tkyh smpi bt org nyampah..

byk org sakit ati da ko tau?

baek mak ko, adik ko, ni si gadis pulak..
ape yg ko nk tunjuk?

nk mintak simpati?

sensitif la konon?

childish..

*monolog ntk diri sendiri.. krisis tah ape plak jadik kat aku ni -

really need help..
sblm ramai lagi yg sakit ati ngan aku

Thursday, October 29, 2009

schizoprenia

salam 1 Malaysia.

berazam ntk update blog.

keje byk.

proposal PSM pun tak antar lagi.
takut.bgn2 pagi da terigt tak antar.
pas2 gegas2 bangun.
mengadap laptop.
bkak e-comm, dashboard blogger,sciencedirect.

blur.

tktau nk carik ape.

oh, teringat, aku nk kena print proposal.

ke tandas, sakit perut.
melampiaskan nafsu sepam dua, dan kembali ke bilik.

tgk laptop balik.

terigt cerita2 semalam, kenangan2 smlm, org gado2 smlm, present PD smlm, segala2 yg berlaku smlm. kelmarin. dan sebelum2.

eh. aku mcm lupe smthing.

AKU NK CARIK PRINTER!

aku takut.prof terima lagi x proposal?
aku tak ske kena marah. kena sindir.
tp kena antar jgak.
aaaa.. konfem sikit markah aku ni.

ok.
aku g carik skang.

*ini adalah peristiwa yg berlaku dari sebulan yg lepas. ingatan aku makin lame da makin lemah, x fokus, dan kuat berak. (euwwth?). aku perlukan PA.

enjoi leklok ye yg nk enjoi tu. igt akhirat sket.
(hoh!)


lpe. jgn salahkan org len. perangai kite atas dunia ni mmg macam2. dan akan sentiasa kate yg kite sentiasa betul, wlupon ayat kite "ye, aku tau kdg2 aku ni tak betul jgak.." tp.. mesti ade "tapi.."
kan?
kan?

tu menunjukkan yg kita sentiasa anggap diri kita btul.

same je aku pun.

Tuesday, September 8, 2009

sebab kenapa aku tak suke merungut~

kisah ni aku da penah bace mase aku f3.. dan ini antara sebab aku tak pernah merungut kalo pasal mkn..


sile2 bace ye..


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Thursday, August 27, 2009

kembali - untuk sementara

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

tergerak hati hendak menaip.. nk sapu sket sawang2 kat blog saye ni..
kasi bersih sket..
kalo tidak kang aku yg bersin, takpun sesape yg lalu kat blog ni pon tumpang bersin skali..
maklumla, kotor..

cliche' ke?

x kesah pun..

macam2 da terjadi selepas pemergian abah..
vokalis kump nasyid y aku kagumi pon turut same pergi menyahut seruan Illahi..
Ustaz asri..

kedua2 nya aku sgt kagumi..

Al-Fatihah..



sambil2 sibuk ngan kerja2 tertangguh spt PSM, Plant Design, Lab2 report, Assignment..
sambil2 tu jugak aku curik masa tulis2 blog..

serabut jgak ngan sme2 ni..
ngan masalah2 lain lagi..

ahh.. ikutkan perasaan malas, mmg aku tak pedulikan sme 2..
tapi, kena buat jgak..
benci-

penah tak rase yg kamu tu dibenci?
rase ade org ckp belakng pasal kamu?
rase tindak-tanduk kamu sentiasa menjengkelkan bg org y memandang?

oh.. x bes sungguh rase itu..

tpi ape kamu bleh buat?
cari sape yg tak puas hati ngan kamu dan deal dgn dier?
kalo sme org cm2 ngan kamu nk buat cmne?
bt pengumuman dlm kelas @ kuliah?

"sape ade rase benci, meluat, menyampah ngan aku sila berbaris di tepi - saye akan deal ngan anda satu persatu.. "

kalola aku berani bt g2..

cube ubah diri sendiri tapi x berjaya jgak..
bak kate org, kalo da benci 2 benci jgak.. btla caner2 pon..

ape yg aku bleh bt?

aku nk sebarkan ideologi - '' jgn benci org len - bencila diri anda sendiri jika anda bencikan org len"
valid ke?

oh.. pening2..

kadang2 rase nk bertumbuk..
tapi dgn bdn yg kecik dan ilmu pertahanan diri yg boleh dipandang sebelah mata, da mcm menempah kubur sendirila nmpknye..
apela yg kite2 ni mmpu bt gamaknye..

"ignore them!"

-mungkin.. tapi smpi bler?

kejap, sape2 yg tak puas hati ngan aku bleh komen ye..
kalo rase nk tampar pon boleh..
nyatakan tempat dan mase, kite boleh bincang tentang tu..
aku tak kesah pon..

tapi ngan syarat, ak pon nk lempang kamu jgak - boleh?
haha~

siyes, sape tak puas hati ngan aku, leh letak komen, ataupon kontek no enset aku..
kalo rase2 geram, tipon je..
tapi kalo rase2 nk beli crocs cleo saiz 6 (untuk pempuan) kaler biru laut ngan biru tua, bleh kontek jgak..
013-9144276 - capik..
oke?

i'll be waiting 4 u..

Friday, July 24, 2009

warkah untuk abah..

assalamualaikum..

hari selasa 14 Julai 2009.. 6.30 pagi kat ump mmg hening. kalo tak kerana satu kol yang mengubah dunia aku smpi skang, aku mungkin takkan bangun dari mimpi lagi..

telefon bimbitku berbunyi, tepat 6.30 pagi dari adik. aku trus terbangun, ape adik bt kol aku pagi2 ni?
hatiku berdebar maha laju..
aku tau ni bukan berita baik..

"abang.. abang kena balik skang jugak,"
"kenapa dik??"
"abah da takde.." adik terisak2 menahan airmata..
spontan airmata aku mengalir.. aku menangis..
"abang balik skang ea bang, ade duit tak?"
aku benti nangis..
"oke2.. abang balik skang, abg beli tiket jap ag, abang mintak kengkawan abg g belikan tiket jap ag"

bilik aku trus terang..
adik aku letak telefon..
dan aku meraung.. ak mmg nk balik mggu 2, lame sgt tak balik.. aku keje 2 bln kat ump dan menyebabkan aku tesekat kat bumi Pahang ni..

poji, kimi dan kat trus spontan g siap..
kari yang kat sebelah aku pon mengalirkan airmata.. merah aku nengok mata dier..

otak aku kosong..
sekosong2nyer..

tak mampu aku nk berpikir ape..

tulang belakang famili aku da pergi-untuk selama2nya..

"korg tlg antar aku g cari tiket ea?"
"takpe2, kitorg antar ko trus.." balas pepower rangers..

aku duduk termenung kat krusi aku..

aku isap rokok.. sedar2 dgn pantas rokok 2 abes..

ak tktau aku pikir ape..

aku trus g mandi.. dan menangis lagi..
siap2 aku solat subuh..
trus bergerak..
adik aku kate abah akan dikebumikan kat kampung aku.. jasin, melaka..
dan kitorg trus grak g melaka..

ak smpi kampung dlm pukul 10.30 pg.. jenazah tak tiba lagi
dan suasana masa nenek meninggal dlu berulang kembali..
makcik2 aku yg da ade kat sane sme peluk aku dan menangis..
aku tahan airmata aku..
aku tak menangis sepanjang ade kat kampung..

"aku takleh nanges, aku ketua keluarga skang" fikir aku..
dlm kol 12.30 baru jenazah abah smpi..
adik, mak ngan akak pun smpi skali..
adik nmpak je aku, dier trus nangis terisak2.

dan aku trus dptkan adik dan peluk dier kuat2..
"da2.. adik kena kuat!"
"adik syg abah sgt2 bang.. akak caner nanti bang.."
"jgn pk dlu..nnti kite selesaikan same ea"
adik benti nanges..
akak (adik aku yg last, perempuan.. kami pggil dier akak) dtg kat aku dn salam..
dier pon nanges..
"da2.. jgn nanges ea.. akak kena kuat.."
aku peluk satu2nye adik pmpuan aku tu erat2..
"akak ade abang ngan mak lagi.. jgn risau ea.."

jenazah abah diangkat kedalam umah,ntuk tatapan terakhir waris2 dan adik beradik abah..

ak cium jasad abah.. aku tahan je airmata.. muka abah sejuk..
tapi abah senyum..
sukanye hati aku tgk abah senyum..
sepuluh tahun abah thn sakit ntuk tgk anak2 dier membesar dan berjaya..
penderitaan abah da berakhir..
dan abah senyum ntuk itu..

maafkan abg abah.. abg tak sempat mintak maaf ngan abah..
abang tak berniat nk buat abah risau..
same macam abah tanak bt abang risau..

lepas zohor.. kami sembahyangkan jenazah abah.. tapi aku tak mmpu jadi imam..
aku tak sedia..
aku sedih sgt..
aku nk sgt jadik imam mase sembahyangkan jenazah abah..
(amik pengajaran anak2 lelaki sekalian..)

beramai2 kami angkat jenazah abah ke kubur..
power2 rangers pon tlg..
time kasih sgt korg.. aku tktau nk kate ape..
tapi korg tak penah kesah pun tlg kalo aku susah..
sket pon tak ungkit..
dgn jase korgla aku dpt tgk jenazah abah bt kali terakhir..
i don't know how to pay them..

aku ngan adik laksanakan tugas2 kami sbg seorg anak ntuk abah..
kami bwk turun jenazah abah ke dalam liang lahad, betulkan kedudukan abah, bkakkan tali ikatan abah, ltakkan papan, dan kambuskan tanah..sediakan tempat untuk abah menghadap Yang Esa..
abang harap abah tkde masalah..

selesai tanam, kami ramai2 bace talkin dan tahlil sbg hadiah untuk abah..

dan rombongan dari kelas pun dtg skali mase tu.. aku tak sangka smpi hampir satu kelas dtg..
syg korg sme..
time kaseh si gadis, amin dan rakan2 3bkb yg susah payah dtg dari pahang ntk melawat dan membacakan yasin ntk abah..
time kaseh sgt2..

aku jadik org terakhir tgglkan kubur abah.. aku pandang dan dadaku sebak..
cepat2 aku lap airmate aku..
aku tanak org tgk aku menangis, lagi2 mak, adik ngan akak..
they need me..

proses hari tu berjalan sgt lancar..
abah disembahyangkan 2 kali, kt klang skali, dan kat melaka sekali..
Alhamdulillah..

abah sgt2 risau yg kami tkde dt nk belikan kain kapan ntk abah nnti.. jgn risau abah.. sme da selesai.. abang harap abah rehat dgn tenang..

abang kecewa, abah tak dpt nk mkn hasil titik peluh abang, wlupon sikit..
abah tak dpt tgk anak2 abah ni grad,
tgk abang bwk kete dgn bergaya dan berlesen..
tapi abang paling kecewa sbb tkde dgn abah mase abah pegi..

abah asek suh abang balik, jgn keje..
abah suh abang amek lesen cepat..
suh abg blaja leklok..

abah da bg petanda, tapi abg tktau.. abg tanak tau..
10 thun yg Allah bagi untuk abah dari hari pertma abah nazak dlu, abang sia2kan.. abang jadi smkin tamak..
abang andaikan abah lame lagi ntk tgk kami2 berjaya.
abang silap..
maafkan abang ye abah..
abang salah..

kami akan sentiasa berdoa ntuk abah, semoga roh abah tenang dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..
abang akan pastikan famili kita x hidup susah lagi..
jgn risau ye abah..

hari ni genap 10 hari abah pergi..
Al-Fatihah untuk abah yang tersayang - Mohamad bin Mat Zin..
dari anakmu.. Ahmad Shafiq Mohamad..