Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.
''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.
''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.
Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.
Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.
''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.
''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.
Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.
Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.
Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'
''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
salam..
petikan artikel dari suratkhabar ini ku copy-paste dari aplikasi memo yang dibekalkan oleh pihak UMP..
lebih kurang 100 memo ini di'post'kan oleh dua ekor makhluk tuhan yang mungkin hendak meluahkan isi hati tapi pada tempat yang tidak sesuai, malahan menyusahkan mahasiswa-mahasiswi yg lain pula. tepaksa kami mendelete dengan gigih dan mungkin akan terbit bebelan berbaur menyampah, dan tak kurang pula yang setuju dengan tindakan tersbut, yang aku rasa hanya mewakili sebilangan minoriti mahasiswa UMP..
aku cuba untuk memahami tindakan tersebut, tetapi gagal..
adakah berbaloi untuk melahirkan ketidakpuasan hati dengan menyusahkan orang lain?
ya, aku akui, ramai siswa-siswi yang mungkin kurang gemar dengan sikap segelintir staf yang amat suka menyusahkan pelajar UMP, terutama sekali dengan pakgad-makgad yang amat suka mencari kesalahan, malahan melaksanakan peraturan yang ternyata berat sebelah.
berat sebelah?
aku ambil contoh mudah, parking kereta dan motor..
di fakulti baru, ade menyediakan ruang parking, tapi hanya untuk pensyarah..
tetapi bagaimana dengan pelajar?
ada, tapi sgt jauh..
ade pensyarah yg berkata, kami dulu berjalan lagi jauh, kampus lagi besar!
itu dulu..
tapi ini skarang, kampus ni takla sebesar mana, jarak antara kelas dan fakulti pun agak jauh, dan kami yang lelaki ni tinggal nun jauh dibelakang..
mesti nk berulang alik, maka mesti menggunakan kenderaan..
sekurang2nye buatla sedikit ruang untuk parking di depan fakulti tu, paling 'cikai' pun untuk motorsikal sudahlah..
menyusahkan ke?
mmg betul peraturan yang dicipta di dalam UMP ni agak berat jika dibandingkan dengan universiti lain..
tapi yang menjadi masalah, UMP tercorot dari segi akademik, maknanya masalah tu dtg dari student itu sendiri..
jadi adakah peraturan yang dicipta tu membuatkan siswa-siswi malas belajar?
wtf??
aku tak mewakili sesiapa, tapi ini pandanganku dari sudut sebagai seorang pelajar yang bengang dengan tindakan takde otak+remeh temeh dari budak batch aku sendiri.. nasib bek bkn dari coursemate aku.. sbb aku atau, derang takde masa nk cari pasal dengan benda remeh ni..
huh..
kepada rakan2 sekalian, gunakanlah cara lain yang lebih bagus dan nampak berotak untuk melahirkan tidak puas hati anda tu.. tapi bukan dengan menyusahkan orang lain..
sekian.. entry geram kali ni..
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
8 comments:
alamak capik... aku takleh marah la budak yg bagi memo berdozen tu...
sbb ketika dahulu aku pernah juga send memo yang sama hingga 5page... 5page...uii tak tahan.
tak sengaja dan berpunca dari kemahatololan akan IT ketika itu (sent memo, pastu check kat inbox takde sent lagi... sampai 5page)...
haha.. takpe2..
smlm mgkin ade sedikit bad mud..
tp lenkali, lembab mane pon ecomm, klik skali je k..
huhu..
blja dari silap!
huhu..
jgn emo bang..
majulah ump utk negara!!
hehe
UMp?
dunno la..
ade betul gak kate2 NC tue..
but xsume peawai Ump camtu kOt
cian plak aku sbb mereka dah xbley nk wat ape..org yg plg tinggi yg kate camtu sdr skrg ni..
huhuhu..
http://ceritapujot.blogspot.com/
link bru blog aku..
errr.... bro...
NC tu ckp tercorot dari segi management la... bkn performance student... setkt ni performance student aku rs ok je... RnD pn power...
tp mmg mengong la budak antar memo sampai full inbox memo aku yg baru clear... grrrrr...
oh.. ye ke?
haha..
dlm brite tu tak spesifik kate tercorot dr segi pe..
itu semua propaganda reporter.
banyak bende die bleyh ulas,tp dia pilih itu.
mmg patut.
manusia perlu disergah sedikit supaye sedar.
ump.apapun,ini takdir kita.
dan hero hindustan selalu kalah dulu.
eh,ade kna ngena pulak kan?hahaha..
hidup2 ump.
hehe
Post a Comment