Template by:
Free Blog Templates

Saturday, March 13, 2010

sensitif

mau tau ape yg aku rasa?
tertipu.

ya.
tertipu.

damn aku sensitip.

terima kamu segalanye?
aku sedang blaja. dan aku bekerja keras untuk itu.

kamu?
blaja same ye. kerja keras jge. kite tak lame lagi akan jauh. tpi sekejap je. ok?

jgn bt aku jadi mcm dulu.

aku tak mau jadi batu.
aku tak mau jadi kayu.

gabungan kedua2 diatas pun aku tak mau.

lelaki.
jgn cari pasal ngan kesygn aku.
kau lupe kau masih ade adik perempuan dan mak?

mau aku lakukan perkara yg same?
aku tak percaya karma.
tapi aku percaya hukum qisas.

cme konsepnye sama.

damn u.

siyes dlu aku respek lu. skang, lu playboy tua yg nk jilat ludah sendiri balik. gth.

Saturday, February 20, 2010

Kawan

"..Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami."

Monday, December 28, 2009

kebudak-budakan

rase menyampah ngan diri sendiri..
bodo - kalo da tak larat tu, tkyh smpi bt org nyampah..

byk org sakit ati da ko tau?

baek mak ko, adik ko, ni si gadis pulak..
ape yg ko nk tunjuk?

nk mintak simpati?

sensitif la konon?

childish..

*monolog ntk diri sendiri.. krisis tah ape plak jadik kat aku ni -

really need help..
sblm ramai lagi yg sakit ati ngan aku

Thursday, October 29, 2009

schizoprenia

salam 1 Malaysia.

berazam ntk update blog.

keje byk.

proposal PSM pun tak antar lagi.
takut.bgn2 pagi da terigt tak antar.
pas2 gegas2 bangun.
mengadap laptop.
bkak e-comm, dashboard blogger,sciencedirect.

blur.

tktau nk carik ape.

oh, teringat, aku nk kena print proposal.

ke tandas, sakit perut.
melampiaskan nafsu sepam dua, dan kembali ke bilik.

tgk laptop balik.

terigt cerita2 semalam, kenangan2 smlm, org gado2 smlm, present PD smlm, segala2 yg berlaku smlm. kelmarin. dan sebelum2.

eh. aku mcm lupe smthing.

AKU NK CARIK PRINTER!

aku takut.prof terima lagi x proposal?
aku tak ske kena marah. kena sindir.
tp kena antar jgak.
aaaa.. konfem sikit markah aku ni.

ok.
aku g carik skang.

*ini adalah peristiwa yg berlaku dari sebulan yg lepas. ingatan aku makin lame da makin lemah, x fokus, dan kuat berak. (euwwth?). aku perlukan PA.

enjoi leklok ye yg nk enjoi tu. igt akhirat sket.
(hoh!)


lpe. jgn salahkan org len. perangai kite atas dunia ni mmg macam2. dan akan sentiasa kate yg kite sentiasa betul, wlupon ayat kite "ye, aku tau kdg2 aku ni tak betul jgak.." tp.. mesti ade "tapi.."
kan?
kan?

tu menunjukkan yg kita sentiasa anggap diri kita btul.

same je aku pun.

Tuesday, September 8, 2009

sebab kenapa aku tak suke merungut~

kisah ni aku da penah bace mase aku f3.. dan ini antara sebab aku tak pernah merungut kalo pasal mkn..


sile2 bace ye..


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Thursday, August 27, 2009

kembali - untuk sementara

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

tergerak hati hendak menaip.. nk sapu sket sawang2 kat blog saye ni..
kasi bersih sket..
kalo tidak kang aku yg bersin, takpun sesape yg lalu kat blog ni pon tumpang bersin skali..
maklumla, kotor..

cliche' ke?

x kesah pun..

macam2 da terjadi selepas pemergian abah..
vokalis kump nasyid y aku kagumi pon turut same pergi menyahut seruan Illahi..
Ustaz asri..

kedua2 nya aku sgt kagumi..

Al-Fatihah..



sambil2 sibuk ngan kerja2 tertangguh spt PSM, Plant Design, Lab2 report, Assignment..
sambil2 tu jugak aku curik masa tulis2 blog..

serabut jgak ngan sme2 ni..
ngan masalah2 lain lagi..

ahh.. ikutkan perasaan malas, mmg aku tak pedulikan sme 2..
tapi, kena buat jgak..
benci-

penah tak rase yg kamu tu dibenci?
rase ade org ckp belakng pasal kamu?
rase tindak-tanduk kamu sentiasa menjengkelkan bg org y memandang?

oh.. x bes sungguh rase itu..

tpi ape kamu bleh buat?
cari sape yg tak puas hati ngan kamu dan deal dgn dier?
kalo sme org cm2 ngan kamu nk buat cmne?
bt pengumuman dlm kelas @ kuliah?

"sape ade rase benci, meluat, menyampah ngan aku sila berbaris di tepi - saye akan deal ngan anda satu persatu.. "

kalola aku berani bt g2..

cube ubah diri sendiri tapi x berjaya jgak..
bak kate org, kalo da benci 2 benci jgak.. btla caner2 pon..

ape yg aku bleh bt?

aku nk sebarkan ideologi - '' jgn benci org len - bencila diri anda sendiri jika anda bencikan org len"
valid ke?

oh.. pening2..

kadang2 rase nk bertumbuk..
tapi dgn bdn yg kecik dan ilmu pertahanan diri yg boleh dipandang sebelah mata, da mcm menempah kubur sendirila nmpknye..
apela yg kite2 ni mmpu bt gamaknye..

"ignore them!"

-mungkin.. tapi smpi bler?

kejap, sape2 yg tak puas hati ngan aku bleh komen ye..
kalo rase nk tampar pon boleh..
nyatakan tempat dan mase, kite boleh bincang tentang tu..
aku tak kesah pon..

tapi ngan syarat, ak pon nk lempang kamu jgak - boleh?
haha~

siyes, sape tak puas hati ngan aku, leh letak komen, ataupon kontek no enset aku..
kalo rase2 geram, tipon je..
tapi kalo rase2 nk beli crocs cleo saiz 6 (untuk pempuan) kaler biru laut ngan biru tua, bleh kontek jgak..
013-9144276 - capik..
oke?

i'll be waiting 4 u..

Friday, July 24, 2009

warkah untuk abah..

assalamualaikum..

hari selasa 14 Julai 2009.. 6.30 pagi kat ump mmg hening. kalo tak kerana satu kol yang mengubah dunia aku smpi skang, aku mungkin takkan bangun dari mimpi lagi..

telefon bimbitku berbunyi, tepat 6.30 pagi dari adik. aku trus terbangun, ape adik bt kol aku pagi2 ni?
hatiku berdebar maha laju..
aku tau ni bukan berita baik..

"abang.. abang kena balik skang jugak,"
"kenapa dik??"
"abah da takde.." adik terisak2 menahan airmata..
spontan airmata aku mengalir.. aku menangis..
"abang balik skang ea bang, ade duit tak?"
aku benti nangis..
"oke2.. abang balik skang, abg beli tiket jap ag, abang mintak kengkawan abg g belikan tiket jap ag"

bilik aku trus terang..
adik aku letak telefon..
dan aku meraung.. ak mmg nk balik mggu 2, lame sgt tak balik.. aku keje 2 bln kat ump dan menyebabkan aku tesekat kat bumi Pahang ni..

poji, kimi dan kat trus spontan g siap..
kari yang kat sebelah aku pon mengalirkan airmata.. merah aku nengok mata dier..

otak aku kosong..
sekosong2nyer..

tak mampu aku nk berpikir ape..

tulang belakang famili aku da pergi-untuk selama2nya..

"korg tlg antar aku g cari tiket ea?"
"takpe2, kitorg antar ko trus.." balas pepower rangers..

aku duduk termenung kat krusi aku..

aku isap rokok.. sedar2 dgn pantas rokok 2 abes..

ak tktau aku pikir ape..

aku trus g mandi.. dan menangis lagi..
siap2 aku solat subuh..
trus bergerak..
adik aku kate abah akan dikebumikan kat kampung aku.. jasin, melaka..
dan kitorg trus grak g melaka..

ak smpi kampung dlm pukul 10.30 pg.. jenazah tak tiba lagi
dan suasana masa nenek meninggal dlu berulang kembali..
makcik2 aku yg da ade kat sane sme peluk aku dan menangis..
aku tahan airmata aku..
aku tak menangis sepanjang ade kat kampung..

"aku takleh nanges, aku ketua keluarga skang" fikir aku..
dlm kol 12.30 baru jenazah abah smpi..
adik, mak ngan akak pun smpi skali..
adik nmpak je aku, dier trus nangis terisak2.

dan aku trus dptkan adik dan peluk dier kuat2..
"da2.. adik kena kuat!"
"adik syg abah sgt2 bang.. akak caner nanti bang.."
"jgn pk dlu..nnti kite selesaikan same ea"
adik benti nanges..
akak (adik aku yg last, perempuan.. kami pggil dier akak) dtg kat aku dn salam..
dier pon nanges..
"da2.. jgn nanges ea.. akak kena kuat.."
aku peluk satu2nye adik pmpuan aku tu erat2..
"akak ade abang ngan mak lagi.. jgn risau ea.."

jenazah abah diangkat kedalam umah,ntuk tatapan terakhir waris2 dan adik beradik abah..

ak cium jasad abah.. aku tahan je airmata.. muka abah sejuk..
tapi abah senyum..
sukanye hati aku tgk abah senyum..
sepuluh tahun abah thn sakit ntuk tgk anak2 dier membesar dan berjaya..
penderitaan abah da berakhir..
dan abah senyum ntuk itu..

maafkan abg abah.. abg tak sempat mintak maaf ngan abah..
abang tak berniat nk buat abah risau..
same macam abah tanak bt abang risau..

lepas zohor.. kami sembahyangkan jenazah abah.. tapi aku tak mmpu jadi imam..
aku tak sedia..
aku sedih sgt..
aku nk sgt jadik imam mase sembahyangkan jenazah abah..
(amik pengajaran anak2 lelaki sekalian..)

beramai2 kami angkat jenazah abah ke kubur..
power2 rangers pon tlg..
time kasih sgt korg.. aku tktau nk kate ape..
tapi korg tak penah kesah pun tlg kalo aku susah..
sket pon tak ungkit..
dgn jase korgla aku dpt tgk jenazah abah bt kali terakhir..
i don't know how to pay them..

aku ngan adik laksanakan tugas2 kami sbg seorg anak ntuk abah..
kami bwk turun jenazah abah ke dalam liang lahad, betulkan kedudukan abah, bkakkan tali ikatan abah, ltakkan papan, dan kambuskan tanah..sediakan tempat untuk abah menghadap Yang Esa..
abang harap abah tkde masalah..

selesai tanam, kami ramai2 bace talkin dan tahlil sbg hadiah untuk abah..

dan rombongan dari kelas pun dtg skali mase tu.. aku tak sangka smpi hampir satu kelas dtg..
syg korg sme..
time kaseh si gadis, amin dan rakan2 3bkb yg susah payah dtg dari pahang ntk melawat dan membacakan yasin ntk abah..
time kaseh sgt2..

aku jadik org terakhir tgglkan kubur abah.. aku pandang dan dadaku sebak..
cepat2 aku lap airmate aku..
aku tanak org tgk aku menangis, lagi2 mak, adik ngan akak..
they need me..

proses hari tu berjalan sgt lancar..
abah disembahyangkan 2 kali, kt klang skali, dan kat melaka sekali..
Alhamdulillah..

abah sgt2 risau yg kami tkde dt nk belikan kain kapan ntk abah nnti.. jgn risau abah.. sme da selesai.. abang harap abah rehat dgn tenang..

abang kecewa, abah tak dpt nk mkn hasil titik peluh abang, wlupon sikit..
abah tak dpt tgk anak2 abah ni grad,
tgk abang bwk kete dgn bergaya dan berlesen..
tapi abang paling kecewa sbb tkde dgn abah mase abah pegi..

abah asek suh abang balik, jgn keje..
abah suh abang amek lesen cepat..
suh abg blaja leklok..

abah da bg petanda, tapi abg tktau.. abg tanak tau..
10 thun yg Allah bagi untuk abah dari hari pertma abah nazak dlu, abang sia2kan.. abang jadi smkin tamak..
abang andaikan abah lame lagi ntk tgk kami2 berjaya.
abang silap..
maafkan abang ye abah..
abang salah..

kami akan sentiasa berdoa ntuk abah, semoga roh abah tenang dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..
abang akan pastikan famili kita x hidup susah lagi..
jgn risau ye abah..

hari ni genap 10 hari abah pergi..
Al-Fatihah untuk abah yang tersayang - Mohamad bin Mat Zin..
dari anakmu.. Ahmad Shafiq Mohamad..

Friday, July 3, 2009

hari2 terakhir..

salam..

hari2 terakhir.. sbg kuli di KK1.. hehe~

oh.. sekejap upenye 2 bln berlalu.. akhirnye bakal jua aku menamatkan perkhidmatan sbg SPB kat KK1 ni..
so far, smenye ok..
byk pglman yg dpt..
tym ade keje, mmg penat.. tp best..
tym tader keje.. ngantuk, bosan.. arghhh!

curik2 ayam sket..
haha~
dak2 spb len yg masuk air jgak..
ijoi, choin, penan, sapar, apiz, kyrin (aku kirin dan kunci).. dan tak lupe jge si misha, ol timer pjbt kk1 ni..
smenye cool..
bes keje ngan korg..
hoho~

ade lagi 2 hari sblm ak btol2 menamatkan perkhidmatan..
dan akan kembali serabut la otak den nih..
ape yg aku kesali cuti nih,
tak dpt nk tdo lame.. haha~
xpela, nk bt caner, kenala berkorban sket.. bak kate org dulu, susah2 dulu, senang kemudian..
jgn senang dlu, susah kendian.. saket!
tpi kalo susah dlu, susah kendian guane pulok?

oh..
hri kami2 kena angkat 100 tilam ntk dimasukkan dlm stor..
mmg panchet..
yg lawaknye, sv kami, che'mat ngan en syed pon join gak angkat tilam..
taktau r nk kate terharu ke ape..
tpi kagum gak r..
agaknyer da las2 kot..

it's a pleasure n exciting experience working with u guys.. eventhough we just a 'kuli'..
haha~
(baru tau susah nk carik duit.. asek pow dt makbapak je.. padan muke!)

waiting to meet the rangers n all the bkbians soon..
n..
my 'si gadis'!
heeeee..


hoho

p/s: i'm freaking tired just now.. still, i'm writing this-mandila wei!

Thursday, June 25, 2009

cuti nk abes!

tup..tap..tup..tap..

2 bulan cuti semester tinggal seminggu je lagi untuk berakhir..
dan ini bermakna, ade tggl lagi seminggu je lagi ntk aku bekerja sblm kembali meneruskan kerja mentelaah yg telah diabaikan selama 2 bln..

hoho.. paler den ni lunyai sgt da.. ntah ade kemampuan mengingat ke lagi agaknye..

adeh.. da final year da..
tue da ak nih..

tpi msti org igt aku 1st yr..
kalo aku pki kemeja mase smbut dak2 ni masuk t..
haha~

ahad ni student2 baru bakal masuk ke u aku nih..
slmat dtg ye adek2..
slmt dtg ke UMP..

slmt meneroka satu dunia yg semakin pelik serta mencabar fizikal dan mental..

bz la ujung mggu nih.. igt nk balik..

nnti2 lah balik..

xde idea............

Saturday, June 20, 2009

tag dari kari dan bye!


wah..
aku dapat award!
haha..
tag ni aku dpt dari bai dan juge kari..
jadi, aku bt bt skali la ye..
hoho..

Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..
pemberi award : bye dan juge kari

bye:
1. sgt rajen update.. awal2 dlu smpi 2-3 post sehari.. gler arh..
2. sgt peramah
3. berdedikasi
4. ni aku setuju ngan kari - masuk air.. haha~
5. ye2.. kiut juge..

kari

1. rumet+klasmet+partner in crime - muahahaha...
2. tggi doh..
3. rilek je.. tapi kalo da tak chill - elak2 la.. hoho
4. stail blaja lebih kurg same ngan ak.. ikut mud..
5. lengkung~


Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

1. lahir kat melaka, dok kat slangor
2. ade 3 org adik beradik, yg last pempuan..
3. suke lauk kari..
4. telan je sme benda yg buleh mkn.. adela certain2, cam jering..
5. penah masuk nasyid - dari skola rendah smpi 2nd yr kat U ni..
6. penah lead team nadwah mrsm mzms ntk zon barat smpi mnang juara keseluruhan..
7. penah men takraw dan wakil skool dr f3
8. ske jalan2 neok pemandangan - ske dgr bunyi laut
9. agak pemalas.. hoho~
10.berharap dpt menjadi seorg suami yg baek.. yeah~



Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..
1.poji - rumet dari 2nd yr kat ump neh, kdg2 neves, pndi ckp..
2.namizam mude - kengkwn mase kat mrsm dlu
3.awie - klasmet mase kat mrsm dolu..
4.dyat - kwn kat u nih..
5. sape lagi ade blog ni?

......................

sape2 nk buat2, buat ler, aku bg award ni follower2 blog aku!

Wednesday, June 17, 2009

tag dari cik pekot~

kalau si gadis akan pergi buat selamanya esok..ape kamu nak cakap dekat si gadis hari ini???


beklah cik pekot, ni jawapan sye..


~minta maaf jika tak nk penuhi impian kamu
~minta maaf jika tak nk jadi ape yg kamu mahu
~minta maaf jika saye bukan yg terbaek hadir dlm hidup kamu

tpi..

~sye dah cube jadi yg terbaek dlm hidup kamu
~sye dah cube lindungi kamu dari keadaan yg tak menentu
~sye dah cube sedaya upaya ntk gembirakan seumur hidup kamu

~maafkan sye jika tak cukup semua itu untuk kamu..

saye cinta kamu.. seumur hidup sye..

Sunday, June 14, 2009

tag dari ema~

ini adalah tag dari cik erma dhailah - klasmet sye mse kat mzms dlu.. beklah, sye akan jwb tag anda!


1.Apa Perasaan Anda Sekarang?

tgh malas nk g keje.. muahahaha..

2.Saya nak makan?
cekelat - nasik - lauk yg sedap - dlm kuantiti yg byk.. hoho~

3.Saya tak suka?
selsema.. urghh~

4.Impian saya?
nk keje, ade duit, leh tlg mak abah, tlg famili, kawen cepat, n dpt rmi anak yg comel2!~ hoho..

5.Haiwan yang saya tak suka?
serangga pilihan

6.Saya harapkan?
dpt idop bhgia ngan si gadis hingga ke akhir hayat saye~ geli r tu? pedulik hape! hahaha~

7.Jika boleh putarkan masa?
tanak r putar masa, pening paler aku t..

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
seorg yg berjaye, dan mmpu menjadi ketua keluarga yg baik dan tegas!

9.Handphone saya adalah sebuah?
sebuah alat komunikasi.. duh~

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
xnak jawab.. haha..

11.Saya suka pada?
bnda yg x menyakitkan hati..

12.Kawan-kawan saya..?
sme cemerlang2 dan unik!

13.Pernah dikhianati?
pernah kot..

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
nehh.. let bygone be bygone..

Senaraikan 8 orang untuk di Tag
1>power rangers
2>cik pekot
3>baiyinah
4>nabil
5>mizam
6>fahmi lipas
7>follower2
8>kamu!

Saturday, June 13, 2009

~lonely

salam..
-ugh.. tajuk yg pathetic!
lantakkan~
dok sorg2 mmg menjadikan saye mereng..

-bile tgk movie dah jadi bnda yg paling membosankan - (kecuali sstgh program korea yg lawak2.. dan juge cerita2 lawak yg len)
-bile da tak brp smgt nk mkn..
-bile segala2nye da malas nk bt..
-bile da start bt bnda pelik2..

plis, sye perlukan seseorg ntk berckp "hai!" - ckup. dan sye akan teruskan hidup.. err.. org tu mstila org sye kenal
*kalo boleh - rakan2 sye yg sye kenal.. esp si gadis dan juga power2 rangers.. oh, plis help me get out from this, jgn smpi aku buat psm.. kang..
hahaha~

p/S: ahh. lantak r korg, ak da start bt psm.. sape suh tggl aku sorg2.. (duh~)

Wednesday, June 10, 2009

aku pernah jadik budak2!

ZAMAN DULU-DULU

Budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat masa sekolah rendah dulu:

-Time hujan turun sibuk main bot kertas kat longkang sekolah, habis buku tulis kena koyak.
(aku bt nih mase kat skola agame-drjh stu ngan 2.. lumbe!)

-Time rehat seronok main baling kasut dengan kawan-kawan.( ngan bola cop!)

-kat sekolah ada salesman jual buku cerita, hari ini bagi list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku itu sudah tahu. Salesman susu pun macam tu juga. (tahpepe la derang nih.. tpi rmi gak org beli- yg ade dt r. huhu..)

-kat library budak-budak memang baca buku tapi just tengok gambar je,
Bila ada program nilam semua sibuk nak pinjam buku. (aku tak bace pon, tulis tajuk je- kalo nk sinopsis- tulis je kat ae yg ade kat cover blakang tu.. hahahaha.)

-RMT kat sekolah tak best, makan tak sedap, tapi yangberduit pon join RMT, Tak paham….

- pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat tengah-tengahnya. bkn gne pon sharpener tuh..

- syok main lawan pemadam, sayang nak guna untuk
padam. padahal itu fungsi sebenar, untuk
padam la!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dalam
ada air pastu ada benda berkilat dalam
air tu. (dak pmpuan je kot..)

- cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada
pemegang kat tengah-tengah tapi tak pernah nampak cikgu
pegang pon kat situ.

- bulu ayam jadi ramping kerana sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis suma
boleh
tapi bila time kaler suma hampeh. ada gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la… (haha...)

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, suma pakai tape. (pas2 ade game yg leh tembak itik pki pistol laser tu..bes2!)

- jam tangan Boy London jadi idaman, sebab
boleh
tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca.

- takut BCG tapi lepas inject poyo la
pulak… (ketwa guling2.. hahaha)

- balik skolah beli JoJo tak pun Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata-mata nak
mainan, coklatnya tak di makan pun.

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,satria baja hitam,kickers,
Thundercats, maskman, Gaban,dash yankuro dan macam-macam lagi.

jangan lupa semua ni sebab zaman seakrang budak-budak
tak sempat layan bende-benda ni. kita akan sentiasa
berubah, cuma asal-usul kita yang
permanent. huhu~

p/s: copy n paste entri nih.. sronok gak teringt zaman kecik2 dlu.. hee..

~kereta dan PSM~

assalamualaikum..

sekian sekejap blog ni berehat.. -maafla kalo ade y ternanti2, sye bkn seorg blogger yg rajen.. blaja pun tak rajen.. ni kan menulis blog..
neway.. blog sye, sye punye suke la kan?
ke salah?

betul kot..

aaa...

ape2 jela..

oh.. sedehnyer, ak tak berjaye pon pergi umah kawan aku yg kawen hr tu, n bermakna tak berjaya la aku nk jmpa kwn2 lame..
nk bt caner, mak ayah teringin sgt nk balik kampung.. aku kena drive.. (aku xde lesen, n this is my first tym! woha!)

gelabah jgak dibuatnyer.. takdela jauh sgt kot.. selangor-melaka (around 3 jam je)..
tapi mase pegi tu, jam plak..
adeh..
mmg mencabar kewibawaan ak yg tkde lesen nih.. 1st tym ase bwk kete mase jem.. krem kaki kiriku.. hoho.. sib bek tak krem sgt.. boleh la lagi jalan..
tak pasal2 jadi 5 jam nyer jalan..
keteku bkn kete mewah cam korg2 ea,proton saga lame, xde aircond.. jln tgh2 hari plak 2..
wah!

mmg berasap ak dlm kete.. ayah den plak sgtla riso aku bwk kete.. laju sgt katenye..
padahal, ak rase aku bwk cam dier je lajunye..
yela kan, dier tak memandu mmg la tak rase laju. tol oh..
da r penat.. lagi la korg nk laju je..
mmg trok r aku kena 'basuh' dlm kete tu, da la tgh panas terik..
aaaaa...

tkpela, alhamdulillah, selamat pegi-selamat balik.. 2-2 ak drve..
hoho..

tepakse la abeskan amek lesen yg tertangguh tu cepat..


tdi aku berjaye jmpe 'sv'ku - Prof Jai yg - stu2nye tng pgjar dlm fkksa yg ade Ir..
hoho..
KARI- ak da jmpe sv! hahahaha..

tajuk projek sarjana muda saye -

Design, Construction and Commissioning of photobioreactor with dissolved CO2 control..

siyes, mase first tym dpt tajuk nih, aku tkde idea langsung apekah tajuk ni nk gtau aku..
haha..
akhernye, dengan ehsan si Maryam aka Mary, secara tak sengaja ak telah berpeluang jumpa SV ku ini..
seram nk jmpa, sbb tktau nk kate ape..

da jmpe, wah.. sgt baek dan frenly.. dier terang dr awal smpi abes..
tapi dier da terang awal2, dier kate ngan dier mmg susah nk dpt A-- 2 aku taw, n sme org kat fakulti pon tau.. agak sedey gak r..
haha..
tapi takpe, kite neok nnti..

projek aku ni, secara ringkasnye cmni la..

biodiesel -> microalgae -> bioreactor

skang ni, ngah trend untuk mencipta biodiesel, tapi bkn lagi dari unsur mknn - minyak sawit @ watever sbb takut kalo btul biodiesel ni akan popular, malaysia da tkde minyak masak plak nnti..
so - alternatif kepada ni ialah microalgae - rumpai laut tu..

caner leh dpt biodiesel plak dr microalgae nih???

untuk pengetahuan, microalgae ni ade minyak jgak, dlm sel2 dier tu.. jadi, minyak tu yg akan diconvertkan menjadi biodiesel.. dan psm sye ni, sye kena cipta - (wah, cipta!), design, buat model downscale dan alter semua pembolehubah yg berkemungkinan - untuk me'kulturkan'kan microalgae ni di dalam satu 'tempat'.. kite panggil bnda ni photobioreactor.. sbb dier gnekan cahaya.. rumpai laut kan perlukan photosyntesis - so, tula yg kite kena guna photobioreator, untuk cahaya..
pgtahuan asas yg perlu - sbjek mixing, bioreactor..

tula secara ringkasnye.. Prof Jai kate, kalo aku berjaye laksanakan PSM ak ni smpi tahap commisioning, konfem ak dpt A.. menunjukkan betapala maha susahnye projek ni..
tapi..
i'll do my best!

p/s: baru baek demam.. xde selera mkn sgt lagi.. hei..







Monday, June 1, 2009

kwnku kawen!

salam..
setelah berzaman ak tak balik umah, akhirnye, hujung mggu ni ak kan balik jua..
dan ape yg lebih menyeronokkan,
aku bakal jmpe kengkawan lame!

yeay!

tapi..

lame lagi ke nk dpt jmpe si gadis?

lamenyierrrr......


hoho..

da2, jgn nk geli2...

neway, 2 ex-student skpk, majlis kenduri kahwin kawan kite - Suraya bte Yuhyie akan diadakn pada 6hb jun nih.. cantek tarikh tuh.. 6-6.. sib bek bkn 2006..
kalo x..
6-6-06
wahhh..
ape2 pun ni alamat dier..

No 2163-2F, Blok Zamrud
Pangsapuri Marin,
Jln Tgh Off Jln Kastam
42000 Pelabuhan Klang.

bak kate ema, kalo tau g skola MBS, taula jln g umah dier..

ape lagi.. serangggggg!!!!
-> plan reunion yg baek :
1) mkn - check! (sue blnje.. hahahaha!)
2) tempat - check! (kat umah sue jgak!)
3) kehadiran - err.. yg ni tak pasti.. tapi 4 sure.. i'll b there!

insyaAllah..

klik gmbr untuk lebih jelas!!
c u all soon!

Saturday, May 23, 2009

bertukar wajah..

salam..

hari ni genap 2 minggu aku kerja kat ump, Alhamdulillah..
kerja kt sini, awal2 nyer mmg sgt letih..

angkat almari, meja, katil - perabot - trun nek blok sbb bdak pempuan nk pindah masuk kk1..

jgn pk bukan2..

ak tak ngintai..ok?

letihnye mmg tak terkire r.. sib bek geng2 dak yg keje same ni, sme kepala oke..
ayat yg paling aku suke dgr

"push the limit!"

susun sebanyak mungkin tilam kat atas troli tu, ade kat 20 lebih kot, pas2 tolak..
jalan gak, tapi sket2..
bler tak berapa nk gerak, dtg lagi sorg tolak, smbil ckp.. "push the limit, push the limit!"
dengan nada berseloroh..

haha.. aku rase kelakar, sbb derang cam bt men2, tapi sbnrnye sgt bersungguh2..
mmg push the limit tol r..
aku terpengaruh, smpi angkat meja besi tu sorg2, n balik tu sakit blakang..
push the limit!
haha..

huh, bosannye la dok sorg kat bilik ni..
sib bek ade muvee, laptop, evo7 poji, dan juga si gadis - eh2, kami msg2 saje, tapi kalo dier ade betul lagi bes! hehe...

oops.. berangan plak..

so, inila rupa baru blog ni, tah, aku men amek je layout dr tah mana2..
bkn ske sgt menghias2 ni..
asalkan kemas, ckup.. kalo ade yg sudi nk btkan, aku oke je..

p/s: tkde mase sbnrnye nk mencari.. atau dlm ertikate laen, malas! haha..
p/s/s: oh, selamat pengantin baru cik hazila, err.. silap, pn hazila.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. maaf kami2 tak dpt nk pegi, cme doa je yg dpt kami hulurkan.. (kalo dier ade bace la blog aku ni..)

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru jgak!

salam..
hari ni tader mud lagi nk update pasal xpdc yg aku g hari tu..
tkpela, nnti2 la..

telah ditakdirkan ku fail satu sbjek - yeah, aku rase korg tau.. sbjek yg ilang berkat tu..

oh, maka drop gler la pointer aku sem ni..

ntah lepas ke tidak 3, ak pon tktau..

bru2 ni, mak aku plak jatuh, adoi.. aku yg ngah keje dan tidak berduit dok kat ump nih, da tktau nk btpe..
abah da mmg tak sihat..
ape yg aku mmpu buat, just msg ngan kol je..

lame sgt da aku tak balik..

harap sgt mak cepat sihat dan bleh jalan leklok..
caner aku nk gtau yg aku da fail satu sbjek ni?

takkan nk kate yg aku carik pasal ngan cikgu?

ni la first tym dlm idup aku carik pasal..
cbe la tanye mane2 cikgu dr skola rendah smpi ke thn 2 kat U ni, penah aku carik pasal ngan derang?

never!

sbb aku hormat gler kat insan name cikgu ni..
lagi2 aku yg bdan kecik ni, aku terima je..
aku penah je kena denda pe sme ngan cikgu2 dlu.. aku tak pernah persoalkan, sbb aku tau, derang mmg sungguh2 nk mengajar aku..
time kasih cikgu2.. jasamu takkan pernah aku lupakan..

ni la kali pertama dan aku harap, kali terakhir aku berperangai biadap terhadap insan bernama guru..
natijah nyer dah pun aku terima, tktaula sama ada aku mmg super bodoh smpi leh fail sbjek 2, ataupun dier mmg saje nk failkan, aku tak kesah..

aku pon manusia normal, ade ego.. tanyela mana2 kawan aku, pernah aku tunjuk ego aku kat derang?
tak penah..
aku cube yg terbek ntk bt org senang ngan aku..
tp kali ni aku kalah..

..................................................................

slmt hari guru ntk cikgu2 sme..

kepada mane2 insan bergelar guru, pendidik yg pernah terasa ngan saya dan juga power2 rangers sekalian, saye mewakili rangers2 mintak maaf byk2.. dari ujung rmbt smpi ujung kaki..
kami tak bermaksud nk bt cam2, cme kami pon manusia biasa, kami pun ade had sabar..

p/s: guru2.. jgn putus asa dgn kami.. please...

p/s/s: SELAMAT HARI GURU...


Sunday, May 10, 2009

xpdc trans graduasi ulu sepat-chamah (part 1)

salam..
sepatutnye trans chamah ulu-sepat.. tapi da terbalik, sebab kitorg nek puncak sepat dlu, baru chamah..

trip yg sgt penat+hardcore+kaki bengkak..
hoho..
tapi puas!

kami 29 org+2 guide berjaye ngabeskan xpdc ni selama 7 hari dgn ganasnye..
knp ngan ganasnye?
sbb xpdc ni mmg ganas, nk bt caner..
huhu..

1st day-

tibe kat masjid kat sg siput. lpe la plak name masjid 2 ape.. kami tibe area2 kol 5 g2 pada hari sabtu 2-5-09.. smpi2, unload brg2 sme.. ice breaking sendirik2 sbb sme da serba kenal antara masing2.. aku je yg tak brp kenal derang.. rugi sket kat si2..
untuk makluman, trip ni adela trip untuk melengkapkan G7 (takrifan untk 7 gunung tertinggi kat semenanjung yg tgginye melebihi 7000 kaki = 2000 meter approx). atas dasar itulah, xpdc ni dipanggil "xpdc GRADUASI trans chamah-ulu sepat" untuk melengkapkan tujuh2 gunung (G7) tersebut. gunung2 yg tersenarai adelah :

1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)

tkde bt pe sgt, mlm 2 pas siap2, mkn mlm kat warung tak jauh dr si2 (mknn yg agak sedap dan murah!), brifing sket bersama abag ayien dan tido di masjid beramei2..

2nd day

bgn2!
hari ni bgn awal, mklumla tido kat masjid. konfem bgn subuh nyer..
bgus2.. pas sbuh, kami bersiap2 dgn ganasnye kerana dikabarkan 4WD y akan kami naiki untuk ke Pos Kemar akan tiba pada kol 6.30 pagi..
teka kol brp kami gerak?

--------------*teeetttt* mase tamat..

9 pg..

haha.. mke dak2 ni da tensen.. ckp len, jadik len..
tkpela, lynkan aje.. tgh smgt nyer pasal, tak kesahla. janji smpai..
dan kami pun menaiki toyota hilux dengan penuh bergaya.. 1 trak 10 org.. dan itu dah dikira sgt selesa.. mmg layan.. kalah nek roller coaster- seriously..
tkde protection- helmet, harness pe ke jadah sme 2 tak diperlukan..
hanye keberanian, tangan yg bleh menampung diri sendiri dan buntut yg kuat!
haha..

perjalanan ni mengambil mase selama 4 jam.. mmg mencabar.. jalan yg penuh liku, tak rata smpi ade yg loya2.. brp kali aku kena libas ngan pokok2 kat tepi jalan tu, aku pon tak ingat.. tapi best!
tapi kegembiraan 2 sangkut sket.. sbb jalan sgt tahpepe.. smpi kami2 kena cangkul tanah nk bg hilux tu berjaye nek bukit.. at first, aku rase cam nk marah gak.. tapi bler sme cam unite nk mencangkul, tbe2 ase smgt jgak nk bg bantuan.. wlupon tak seberapa- sedih sbnrnye sbb tkleh nk tlg sgt.. sbb aku sgt malas.. haha.. tpi bler hilux tu berjaye gak nek sket demi sket, smgt nk tlg cangkul atau bt pe yg ptt tu jadi tggi.. dan trus aku membantu smpi hilux tu berjaye mendaki hingga jlan kembali ok..
alhamdulillah.... yeah!
1.00 ptg :
sesampi di pos kemar, kami lepak sat, planning nk mkn pe ntk tghri sblm shoot smpi mane yg buleh- dan kmi mkn megi kari.. sedap dan nikmat! - sbb lapa..
huhu..
abes mkn, solat, amek air sungai bt bekalan, bt air glukos pe yg ptt, kami pun shoot smpi pangok @ penat gler gaban..
4 @ 5 ptg:
kami tibe di satu kem tak bernama.. dan bertapak la kami di si2.. siap setup fly ngan ground, rehat2 jap.. smbil2 tu ade arena memasak beramai2 yg diketuai oleh abg botak a.k.a makeen sbg ketua chef.. tapi aku tak join, sbb malu2 lagi..
haha.. apela aku yg malu-tak-bertempat nih.. tapi siyes ngantuk.. pas solat pe sme, mkn bersame dan kami pon tido..
12 .30 tgh mlm:
boooom!
pkok buluh jatuh atas fly.. betul atas kepala ajim, aku, din, ngan kerk kalo tak silap.. sib bek fly dipasang dgn kukuh, kalo tak, arwah da kot.. untuk pgtahuan, buluh2 kat si2 stok buat meriam buluh nyer, so tkde yg kecik2..
epul arahkan dak2 ni rmi2 alehkan buluh 2, tp 2-3 org je bgn, sbb sme cam pnt gler dan tekejut kejap je, so kbyknnye smbg tdo balik, termsukla aku... hoho..

3rd day..
cam beser, sme bgn subuh, pas2 msk2 sarapan pagi, siap2 lipat fly ground pe sme..
dan kami pon bergerak memanjat gunung..
hari ni, dijangka kami akan overtym dan akan bercampsite on-track..
jln xdela seganas hari2 yg akan dtg, cme curam dan cuaca panas gler..

jln punye jln, daki punya daki, tibe2 aku terasa macam disengat, igtkan semut, rupe2nye penyengat.. satu je kot.. tak semena2, gadis yg jln blakang kena lagi teruk.. 6 sengatan di seluruh tgn dan satu di bibir..
oh.. cuaknye sye, tuhan je yg tau..
aku tak kire menda dah, stakat satu dua je boleh thn..
mr riyok aka guide suh sapu tanah kat tgn si gadis, dan dgn pantas dikorek tanah dan di sapu tanah..
minyak panas pun ditaruh..
sian si gadis..
aku cube gak nk kuarkan sengatnye..
tp, tkde pon.. sib bek si gadis pki sarung tgn tu..
kalo tak, lagi teruk rasenye..
=(

ape pun, si gadis mmg seorg yg kuat.. diteruskan jge perjalanan wlupon berdenyut2 bengkak kat tgn ngan bibirnye..
yOu mmg kuat!

dan kami pon OT hingga lebih kurg kol 9.. dan campsite on-track.. kami pggil campsite tu kem jam.. sebab jam pok nik ilang kat si2..
sian pok nik..
mlm 2 kami mkn mi pama beramai2 dan tido dgn nyenyaknye sebab penat..
lpe nk gtau, ptg tu ujan ngan lebatnye.. dan kami berjalan dlm ujan.. sejooookkkk!

BERSAMBUNG....

Friday, May 1, 2009

jom menggunung! (?)

salam..

tanpa disangka-sangka.. peluang dtg lagi skali untuk aku kembali naik gunung.. time kaseh kamu sme..
dengan bantuan buah hati pengarang jantungku, byk perkara dpt selesai las2 minit neh..
sgt terhutang budi..
huu..

doakan kami, pendaki2 UMP berjaya menawan Chamah-Ulu Sepat dengan tenang dan machonyer serta selamt dan sejahteranya pergi dan baliknya..
hoh!

p/s: benda ni 8 hari.. dan haversack ku sgtla berat.. salah susun ke?